Meizu Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 23 September

Meizu Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 23 September

Diterbitkan pada Sep 11, 2015 oleh .

Meizu Go ProMeizu merupakan salah satu pengeluar peranti dari China yang menawarkan peranti dengan rekaan menarik, selain antaramuka FlymeOS-nya yang kemas. Terkini, mereka dilihat menjadualkan acara pelancaran khas pada 23 September ini, dimana mereka dijangka mengumumkan produk baru pada tarikh berkenaan.

Daripada jemputan yang dihantar oleh pihak Meizu, mereka melabelkannya sebagai Meizu Go Pro – memberikan petanda yang mana ia mungkin merupakan peranti Meizu MX5 Pro Plus yang tersebar beberapa kali sebelum ini. Jikalau mengikut desas-desus beberapa minggu lepas, ia dikatakan peranti ini akan menggunakan cip Samsung Exynos 7420, memori dengan pilihan 3GB atau 4GB, serta kamera dengan sensor 21-megapixel pada bahagian belakang.

Namun, pada masa yang sama, melalui jemputan fizikal yang dihantar oleh pihak Meizu kepada beberapa media, ia dilihat mereka memberikan petanda untuk sebuah kamera aksi daripada mereka.

Seperti biasa, segalanya menjadi tanda tanya buat masa ini, dan ia mungkin akan terjawab secara rasminya dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Meizu pada bulan ini.

Meizu Go Pro


TIPS & ULASAN