Cari @ Amanz

Qualcomm sedia popular sebagai pengeluar cip untuk peranti mudah-alih melalui jenama Snapdragon. Kini, dalam usaha untuk menguasai pelbagai peranti elektronik, hari ini Qualcomm mengumumkan platform Snapdragon Flight yang memfokuskan kepada peranti seperti dron dan juga robotik.

Menurut Qualcomm, hari ini jika pengeluar ingin membangunkan sebuah dron atau robot, pengeluar memerlukan komponen daripada pelbagai pengeluar – terutamanya untuk fotografi, navigasi dan komunikasi, sekaligus menjadikan kos pengeluaran agak tinggi. Qualcomm Snapdragon Flight ini mengabungkan pelbagai teknologi ini dalam satu, sekaligus mengurangkan kos untuk dron.

Snapdragon Flight ini dikatakan berasaskan kepada cip Snapdragon 801 yang hadir dengan sokongan rakaman 4K untuk kamera, kebolehan navigasi dan komunikasi yang baik, disamping mengintegrasikan sokongan kawalan penerbangan masa-nyata Qualcomm Hexagon DSP.

Qualcomm Snapdragon Flight ini akan ditawarkan kepada pengeluar untuk menggunakannya dalam pembangunan dron dan roboti. Apa yang menariknya adalah, syarikat pertama yang akan menggunakan Snapdragon Flight ini adalah Yuneec – yang telah menerima pelaburan daripada pihak Intel baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd