(Ura-Ura) Samsung Galaxy S7 Menggunakan Snapdragon 820, Dua Saiz Skrin dan Kamera Utama 20 Megapixel

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S7 Menggunakan Snapdragon 820, Dua Saiz Skrin dan Kamera Utama 20 Megapixel

Diterbitkan pada Sep 11, 2015 oleh .

Apple iPhone 6S dan 6S Plus baru sahaja dilancarkan tetapi ini tidak menghalang beberapa ura-ura mengenai Samsung Galaxy S7 dari didengari. Terkini laman Sammobile mendakwa menerima beberapa maklumat mengenai peranti yang sedang dibangunkan oleh Samsung ini. Mereka mendakwa S7 kini dibangunkan di bawah nama Project Lucky kerana nombor tujuh dianggap bertuah. Dua saiz skrin dilaporkan bakal digunakan iaitu 5.2″ dan 5.7″. Sama seperti iPhone 6S dan 6S Plus, mungkin Samsung mahu memberikan dua pilihan saiz kepada pengguna.

S7-Concecpt

Pemproses Snapdragon 820 dan juga Exynos 8890 sedang diuji untuk melihat kemampuan kedua-dua SOC baru ini. Pihak Qualcomm sudahpun mengesahkan Samsung adalah pengeluar pertama yang menerima sampel awal Snapdragon 820 untuk diuji. Selain daripada itu kamera utama dikhabarkan menggunakan sensor ISOCELL sebesar 20 Megapixel. Kamera utama dibangunkan di bawah projek “All Lens Cover” yang setakat tidak diketahui apakah fungsinya.

Kepada yang masih mendambakan sokongan kad MikroSD, S7 turut dikatakan diuji untuk menyokongnya semula. Sistem UFS 2.0 yang digunakan pada Galaxy S6, S6 Edge, Note 5 dan S6 Edge Plus sebelum ini tidak sesuai digunakan bersama kad MikroSD. Mereka sedang mencari jalan bagi membolehkan kad MikroSD mampu digunakan bersama UFS 2.0.

Kami berharap teknologi bateri dengan kapasiti lebih besar akan turut digunakan kelak. Trend semasa ialah menggunakan bateri yang lebih kecil bagi menghasilkan peranti lebih nipis dari model sebelumnya. Samsung, Sony dan Apple kesemuanya bersalah mengikut trend yang sangat mengecewakan ini. Pengeluar sepatutnya sedar pengguna mahukan bateri lebih besar berbanding peranti yang hanya beberapa milimeter lebih nipis.

 


TIPS & ULASAN