Cagak Stereng Untuk Apple Watch Kini Boleh Anda Miliki

Cagak Stereng Untuk Apple Watch Kini Boleh Anda Miliki

Diterbitkan pada Sep 11, 2015 oleh .

Cagak untuk peranti di dalam kereta kini adalah aksesori yang perlu bagi memudahkan pemanduan tanpa gangguan. Kami sendiri mempunyai beberapa cagak di dalam kereta ianya lebih selamat dari meletakkan peranti di atas riba ketika menggunakan aplikasi Waze. Kini wujud pula cagak khas untuk Apple Watch yang dihasilkan oleh Satechi.

Cagak-Apple-Watch-Satechi-1

Cagak mini Apple Watch ini boleh dilekapkan pada stereng kereta, motosikal dan juga basikal. Anda kini boleh memandu dengan tenang tanpa perlu risau terlepas notifikasi penting ataupun panggil telefon dari jam pintar premium ini. Setiap cagak mini ini diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak dan boleh didapati di dalam dua saiz (38 & 42 mm). Ianya dijual pada harga $15 sebuah.

Cagak-Apple-Watch-Satechi--2

 


TIPS & ULASAN