(Konsep) Camera Restricta – Kamera Yang Menghalang Anda Mengambil Gambar Yang Sama Berulang Kali

(Konsep) Camera Restricta – Kamera Yang Menghalang Anda Mengambil Gambar Yang Sama Berulang Kali

Diterbitkan pada Sep 11, 2015 oleh .

Setiap tahun berbillion gambar di ambil oleh manusia. Adalah dianggarkan sebanyak 380 bilion gambar di ambil dalam masa setahun pada tahun 2012. Ini adalah lebih banyak dari jumlah kesemua gambar yang diambil dalam 100 tahun pertama kamera dicipta. Penggunaan peranti mudah alih adalah penyebab utama mengapa lebih banyak gambar diambil sekarang berbanding dahulu. Pernah suatu ketika Nokia dinobatkan sebagai pengeluar kamera terbesar di dunia.

Camera-Restricta-3

Pada waktu yang sama pendemokrasian gambar ini menyebabkan gambar yang sama diambil berulang kali. Jika anda menggunakan Swarm anda boleh melihat gambar kopi yang sama berulang kali di Starbucks. Di Menara Berkembar Petronas pula gambar dari sudut dan tempat yang sama muncul beratus-ratus kali. Ini mendorong Philipp Schmitt untuk mencipta Camera Restricta.

Kamera ini menggunakan sistem GPS untuk melihat lokasi dan arah gambar diambil. Sekiranya ia mengesan anda pernah mengambil gambar dari lokasi yang sama ia akan berhenti berfungsi. Viewfinder dan sistem pemetik tidak boleh digunakan selagi anda tidak memilih lokasi yang baru. Pada waktu yang sama ia secara aktif melakukan carian geolokasi internet dan melihat berapa banyak gambar pernah diambil oleh orang lain di lokasi yang sama.

Camera-Restricta-2

Camera Restricta ialah konsep kamera yang memaksa pengguna untuk menjadi lebih kreatif dengan tidak mengambil gambar objek yang sama. Keseluruhan tubuh kamera ini dihasilkan menggunakan cetakan 3D dengan sebuah iPhone di bahagian dalamnya.Sebuah konsep yang aneh dan boleh dikategorikan kepada mesra hipster yang menggemari keunikan serta tidak suka mengambil gambar yang sama seperti orang lain.

 


TIPS & ULASAN