Carian
Apple Live Photo Hanya Mempunyai Saiz Dua Kali Ganda Gambar Biasa
September 12, 2015 Effi Saharudin

Antara fungsi baru iPhone 6S dan 6S Plus ialah kemampuan mengambil gambar menggunakan mod Live Photo. Peranti akan mengambil video pendek sebelum dan selepas butang pengatup kamera dipetik. Apabila gambar yang diambil ditekan menggunakan 3D Touch, video rakaman akan dimainkan. Fungsi ini sama seperti HTC Zoe yang muncul sejak HTC One M7 tiga tahun yang lalu. Hari ini terdapat laporan mengatakan gambar Live Photo hanya akan mempunyai saiz dua kali ganda gambar statik biasa. Ini sebenarnya saiz yang munasabah untuk gambar yang turut mempunyai video bergerak.

Jadi kepada mereka yang berfikir untuk membeli 6S dan 6S Plus dengan muatan dalaman 16 Gigabyte, anda tidak perlu risau bahawa ruang simpanan peranti akan dipenuhi dengan pantas. Adakah Live Photo bakal merevolusikan dunia fotografi mobil ataupun akan menerima nasib yang sama seperti Zoe yang dilupakan orang ramai.

Komen