Cari @ Amanz

PC berprestasi tinggi biasanya mempunyai saiz yang besar bagi memastikan aliran udara yang baik untuk komponen yang mengeluarkan haba yang banyak apabila beroperasi. Tetapi di Asus mereka berjaya menghasilkan PC berprestasi tinggi dengan komponen terkini dengan saiz yang kecil. Asus ROG G20CB diperkasakan pemproses Intel Core Skylake-S i7, RAM sehingga 32 Gigabyte, muatan dalaman sehingga 256 Gigabyte SSD/3 Terabyte HDD dan kad grafik Nvidia Geforce GTX 980 4 Gigabyte. Yang menakjubkan kesemua komponen ini berjaya disumbatkan ke dalam cangkerang PC dengan isipadu 9.5 liter seberat 6.35 kilogram. Ini bersamaan dengan 6.5 botol Coca Cola kecil yang dijual di kedai runcit berdekatan.

Asus-ROG-G20CB-1

Asus ROG G20CB ini turut mempunyai sistem lampu LED pada bahagian cangkerang yang mampu memaparkan 8 juta warna. Spesifikasi lain ialah pemacu Blu-Ray 9mm, sistem audio Sonicmaster 7.1, 1 LAN RJ45, 2 USB 3.1, 4 USB 3.0, 2 USB 2.0, 1 Output HDMI, 1 jack fon kepala, 1 jack mikrofon dan bekalan kuasa 230 Watt. Turut disertakan ialah papan kekunci dan tetikus tanpa wayar ROG. Komputer kompak berprestasi tinggi ini akan mula dijual pada bulan November dengan harga jualan bermula dari  £1,499.99 (RM 9965) sebuah.

Asus-ROG-G20CB-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd