Carian
Jam Tangan Edisi Terhad Big Boss Metal Gear Solid V Boleh Anda Miliki
September 12, 2015 Effi Saharudin

Hujung minggu tiba lagi dan ianya waktu sesuai untuk melupakan kerja di pejabat dan menghabiskan masa bermain permainan video. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini sidang redaksi Amanz banyak membazirkan masa bermain Metal Gear Solid V – The Phantom Pain. Ianya mungkin permainan video terbaik kami main tahun ini dengan ratusan cara untuk melakukan misi yang diberikan. Antara alat yang digunakan oleh Big Boss Venom Snake ialah jam tangan dengan jam randik. Setiap kali Phantom Cigar dihisap muka jam randik ini akan terpapar pada skrin.

Wired-Big-Boss-metal-gear-1

Tahukah anda jam tangan Big Boss ini wujud di dunia sebenar dan boleh anda miliki? Ianya buatan Wired, sebuah anak syarikat pengeluar jam tangan terkemuka Seiko. Setiap jam akan mempunyai ukiran Diamond Dog dan Metal Gear Solid V The Phantom Pain pada bahagian belakang. Dua tali 42mm disertakan iaitu tali logam dan juga nilon. Jam tangan ini hadir di dalam kotak simpanan khas dengan lukisan oleh Yoji Shinkawa. Hanya 2500 unit akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga 45000 Yen (RM 1606).

Wired-Big-Boss-metal-gear-2

 

Komen