Batband – Fon Kepala Yang Mengalirkan Bunyi Menerusi Tulang Kepala

Batband – Fon Kepala Yang Mengalirkan Bunyi Menerusi Tulang Kepala

Diterbitkan pada Sep 12, 2015 oleh .

Fon kepala memberikan kualiti audio yang berkali ganda lebih baik berbanding fon telinga. Saiz pembesar suara yang lebih besar dan keseluruhan telinga ditutup membolehkan anda menikmati muzik tanpa gangguan bunyi luar. Tetapi ia juga membuatkan anda tidak menyedari bunyi luaran seperti hon kereta. Setiap tahun ribuan pengguna fon kepala maut ataupun mengalami kecederaan terus akibat dilanggar keran tidak mendengar hon kereta ketika melintas jalan.

Batband-1

Batband ialah “fon kepala” yang membolehkan anda menikmati muzik anda dengan jelas tanpa perlu risau anda tidak mendengar bunyi dari persekitaran anda. Telinga anda tidak tertutup apabila menggunakan Batband. Muzik yang didengari dialirkan secara terus ke dalam telinga menggunakan sistem aliran tulang (bone conduction). Pada sebelah kanan terdapat butang kuasa yang juga boleh digunakan sebagai butang menjawab panggilan telefon apabila ianya ditambat kepada peranti pintar anda. Pada sebelah kanan terdapat pad sesentuh untuk mengawal tahap bunyi ataupun menukar lagu yang sedang didengar.

Kerana ia sebuah fon kepala Bluetooth, ia boleh digunakan oleh kesemua peranti pintar dan sistem audio yang menyokongnya. Batband masih mengumpul dana dan boleh disokong pada harga permulaan $149 (RM 642) sebuah. Ia mungkin fon kepala paling unik pernah kami jumpa dan kelihatan seperti hiasan kepada yang pernah digunakan oleh warga Rom beribu-ribu tahun yang lalu.

Batband-2


TIPS & ULASAN