CloudFlare Membuka Pusat Data Di Kuala Lumpur

CloudFlare Membuka Pusat Data Di Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Sep 12, 2015 oleh .

CloudFlare merupakan salah satu syarikat memfokuskan kepada arena CDN (content delivery network) dan juga DNS dalam memastikan akses kepada laman web lebih pantas berdasarkan kepada lokasi seseorang pengguna. Terkini, CloudFlare mengumumkan secara rasminya pelancaran pusat data mereka di Kuala Lumpur.

CloudFlare

Pusat data di Kuala Lumpur merupakan pusat yang ke-45, dan pihak CloudFlare menyertai MyIX dalam menjayakan perkara ini, dan kini mereka boleh menawarkan kandungan daripada pelanggan mereka dengan lebih pantas kepada para pengguna internet di Malaysia.

Bagi anda yang membangunkan web dan ingin mengoptimasikan penggunaan jalur-lebar pada pelayan anda, disamping menjadikan web anda lebih pantas untuk diakses dan juga lebih dilindungi dari segi sekuriti.

Layari : CloudFlare


TIPS & ULASAN