Microsoft Lumia 950 Dan Lumia 950 XL Dijangka Diumumkan Pada 10 Oktober

Microsoft Lumia 950 Dan Lumia 950 XL Dijangka Diumumkan Pada 10 Oktober

Diterbitkan pada Sep 12, 2015 oleh .

Microsoft telah melancarkan Windows 10 pada bulan Julai lepas untuk komputer, dan ramai yang menantikan pengumuman pelancaran rasmi Windows 10 Mobile. Disamping pengenalan versi sistem operasi baru untuk peranti mudah-alih, ramai juga menantikan pengumuman pelancaran rasmi telefon pintar flagship Windows Phone yang baru.

Seperti ramai sedia maklum, Microsoft telah memperkenalkan beberapa telefon pintar Windows Phone sepanjang tahun ini, tetapi ia lebih memfokuskan kepada peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah. Dua telefon berspesifikasi tinggi yang dinantikan ramai adalah Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL – yang telah diura-ura sejak beberapa bulan yang lepas.

Lumia 950

Menurut desas-desus terkini, kedua-dua telefon pintar berasaskan Windows 10 Mobile ini dijangka dilancarkan pada 10 Oktober kelak. Mungkin tarikh 10.10 sinonim dengan sistem operasi Windows 10 yang diumumkan oleh Microsoft untuk peranti mudah-alih.

Jikalau mengikut info sebelum ini, Lumia 950 dijangka menggunakan skrin 5.2-inci, menggunakan cip Snapdragon 808, dan kamera belakang 20-megapixel PureView. Lumia 950 XL pula dijangka menggunakan cip Snapdragon 810, skrin 5.7-inci dan juga dilengkapi dengan sokongan pengimbas mata.

Dengan penawaran continuum, mungkin juga kita akan dapat melihat integrasinya – sekaligus membolehkan pengguna untuk menggunakan telefon pintar mereka sebagai komputer dengan menghubungkan ia kepada panel paparan.


TIPS & ULASAN