Cari @ Amanz

Dell Sedang Membangunkan XPS 12 Menggunakan Skrin 4K Dan Port Thunderbolt 3 – Rekaan Seumpama Surface

Oleh Aman

Link Copied!

Pada awal September, kita telah melihat Lenovo mengumumkan Lenovo Ideapad MIIX 700 diumumkan dengan rekaan seumpama Surface, selain Apple juga turut hadir dengan produk yang lebih kurang sama dinamakan iPad Pro. Kini, Dell juga turut dilihat dalam persediaan akan memperkenalkan produk 2-dalam-1 yang lebih kurang sama, dinamakan XPS 12.

Dell XPS 12 ini dilihat membawakan rekaan papan kekunci yang boleh ditanggalkan, selain sebuah kickstand pada bahagian belakang untuk mendirikannya ketika digunakan sebagai komputer riba. Sokongan stylus juga turut dilihat disertakan pada XPS 12 ini.

Dell XPS 12 2-in-1

Dell XPS 12 ini akan hadir dengan Windows 10, dan menggunakan Dell Active Stylus – memudahkan anda menggunakan perisian seperti OneNote, Microsoft Edge dan Microsoft Office. Untuk paparan skrin, ia membawakan paparan 4K dengan resolusi 3840×2160 pixel.

Dell juga dijangka akan mengintegrasikan sokongan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan 5-megapixel pada bahagian hadapan untuk tujuan panggilan video. Disamping itu, sokongan Thunderbolt 3 turut akan diintegrasikan.

Dell XPS 12 2-in-1 ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober kelak. Dengan Dell yang kini turut hadir dengan peranti seumpama Surface, mungkinkah kita akan melihat lebih ramai pengeluar peranti lain yang juga rakan kerjasama Microsoft untuk hadir dengan produk yang serupa?


Komen ()