Microsoft Dilaporkan Mengambil-Alih Lagi Satu Aplikasi Android – Echo Notification Lockscreen

Microsoft Dilaporkan Mengambil-Alih Lagi Satu Aplikasi Android – Echo Notification Lockscreen

Diterbitkan pada Sep 13, 2015 oleh .

Microsoft sejak daripada tahun lepas agak aktif dalam pengambil-alihan beberapa syarikat aplikasi mudah-alih, termasuk antaranya adalah Sunrise, Accompli dan sebagainya. Terkini, Microsoft dilaporkan telah mengambil-alih satu lagi syarikat pembangun aplikasi mudah-alih, iaitu Double Labs.

Echo Notification Lockscreen

Double Labs ini merupakan syarikat disebalik aplikasi Echo Notification Lockscreen. Melalui aplikasi ini, ia membolehkan pengguna memilih bentuk paparan notifikasi pada lockscreen, dan mengawalnya bila ia dipaparkan dan sebagainya. Secara kasar, ia menjadikan paparan notifikasi pada lockscreen telefon Android lebih baik berbanding versi asas.

Pengambil-alihan aplikasi ini oleh Microsoft juga dilihat akan terus mengukuhkan portfolio mereka, disamping pada masa yang sama memfokuskan kepada kebolehan untuk meningkatkan produktiviti pengguna.

Buat masa ini, Microsoft mahupun Double Labs masih tidak mengatakan sebarang perkara mengenai pengambil-alihan ini.

Muat-Turun Echo Notification Lockscreen untuk Android


TIPS & ULASAN