Cari @ Amanz

10AppsManager Membolehkan Anda Nyah-Pasang Dan Pasang Semula Aplikasi Windows 10 Asas

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi anda yang telah menaik-taraf ke Windows 10, mungkin anda sedia maklum akan yang mana ia hadir dengan beberapa aplikasi secara terbina daripada Microsoft. Antaranya adalah seperti Money, Music, Phone Companion, Xbox, Weather dan sebagainya.

Mungkin ada antara anda yang tidak begitu menyukai aplikasi yang disertakan ini, dan ingin membuangnya. Anda boleh lakukannya melalui halaman membuang perisian pada sistem operasi Windows anda. Tetapi, jika anda ingin menguruskannya dengan lebih mudah, salah satu aplikasi mudah untuk anda adalah 10AppsManager.

10AppsManager

Melalui 10AppsManager ini, ia memaparkan semua aplikasi Windows 10 yang hadir, dan anda boleh membuangnya dengan hanya membuat satu klik dengan mudah.

Menariknya, selain daripada membuangnya sahaja, pengguna juga turut boleh memasang kembali aplikasi sama dengan mudah menggunakannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menguji atau menggunakan aplikasi ini dengan memuat-turunnya ke sistem operasi Windows 10 anda hari ini.


Komen ()