Alcatel Flash 2 Bakal Dilancarkan Pada 22 September

Alcatel Flash 2 Bakal Dilancarkan Pada 22 September

Diterbitkan pada Sep 14, 2015 oleh .

Alcatel telah memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga Onetoiuch Flash pada tahun lepas, dan kini mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan versi terbaru untuk telefon pintar berkenaan, dikenali sebagai Alcatel Flash 2.

Alcatel OneTouch Flash 2

Pihak Alcatel menjadualkan tarikh 22 September 2015 ini untuk melancarkan telefon pintar berkenaan, dan ia akan disiarkan melalui web secara rasmi. Pihak Alcatel turut mengatakan mereka akan hadir dengan beberapa teaser untuk pelancaran produk ini sepanjang minggu ini sehingga tarikh pelancaran berkenaan.

Melalui gambar yang dikongsikan hari ini, Alcatel memperlihatkan Alcatel OneTouch Flash 2 akan membawakan skrin bersaiz 5-inci, disamping mereka menggunakan tema The Power of Green.

Sebelum ini, ketika pengenalan OneTouch Flash, mereka memasarkannya sebagai peranti pesaing Galaxy Note. Tetapi, kini dengan menggunakan skrin bersaiz 5-inci, mungkin fokus pemasaran mereka agak berbeza.

Sama-sama kita nantikan minggu depan untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Alcatel.

Layari : Alcatel OneTouch Flash Live-Stream


TIPS & ULASAN