Lenovo PHAB Plus Berharga RM1199 Di Malaysia – Boleh Di Pra-Tempah Bermula Hari Ini

Lenovo PHAB Plus Berharga RM1199 Di Malaysia – Boleh Di Pra-Tempah Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Sep 14, 2015 oleh .

Pada IFA 2015 yang diadakan awal bulan ini, Lenovo telah memperkenalkan salah satu telefon pintar mereka yang menghampiri saiz tablet, iaitu Lenovo PHAB Plus. Kini, kurang sebulan, pihak Lenovo dilihat telah pun dalam persiapan untuk memulakan jualan di Malaysia, dan telah menjadualkan acara pelancaran rasmi untuknya pada minggu hadapan.

Lenovo Phab Plus

Lenovo PHAB Plus membawakan rekaan unibody berasaskan kepada logam, dan membawakan saiz skrin 6.8-inci dengan paparan HD penuh. Telefon pintar ini dijana menggunakan cip Snapdragon 615, dan memori 2GB RAM. PHAB Plus turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Di Malaysia, Lenovo PHAB Plus akan dijual pada harga RM1199, dan bagi anda yang berminat boleh membuat pra-tempahan untuknya bermula hari ini. Lenovo mengatakan akan menawarkan beberapa freebies bersama-sama pembelian ini, dan apa yang akan ditawarkan dijangka diumumkan pada 21 September ini – ketika pelancaran rasmi peranti berkenaan.


TIPS & ULASAN