Samsung Galaxy Note5: Ciri-Ciri Menarik Yang Dibawakan Oleh S Pen

Samsung Galaxy Note5: Ciri-Ciri Menarik Yang Dibawakan Oleh S Pen

Diterbitkan pada Sep 23, 2015 oleh .

Samsung Galaxy Note5 merupakan telefon pintar flagship terbaru daripada Samsung yang telah mula dijual di Malaysia sejak beberapa minggu lepas. Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan S Pen, yang mana membawakan sebuah pena yang memudahkan pengguna untuk membuat catatan, lakaran dan sebagainya pada telefon pintar Galaxy Note5.

Pena S Pen yang dihasilkan oleh Samsung ini turut membawakan kejituan dan ketepatan yang tinggi, sesuai digunakan untuk artis professional mahupun pengguna amatur. Malahan, teknologi S Pen ini merupakan hasil pelaburan Samsung terhadap syarikat yang memfokuskan teknologi berasaskan stylus, iaitu Wacom, dan berupaya membawakan teknologi ini untuk telefon pintar.

Seperti semua sedia maklum, Galaxy Note5 membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan QHD Super AMOLED, dan untuk tujuan rakaman mereka menyertakan kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Menariknya, salah satu ciri baru yang dibawakan oleh Galaxy Note5 pada bahagian kamera adalah kebolehan strim secara langsung ke YouTube melalui fungsi yang dipanggil Live Broadcast.

Screen Off Memo

Galaxy Note 5

Melalui screen-off memo, pengguna boleh menulis terus daripada lockscreen tanpa perlu memulakan sebarang aplikasi. Pengguna hanya perlu mengeluarkan S Pen dan terus boleh memulakan penulisan pada Galaxy Note5.

Customizable Air Command

Samsung Galaxy Note 5

Air Command pada Galaxy Note5 telah dikemaskini dan kini ia turut membolehkan para pengguna menambah beberapa aplikasi lain untuk diakses dengan pantas menggunakannya. Perkara ini sekaligus memudahkan lagi proses pengguna membuat multi-tasking menggunakan Galaxy Note5.

Scroll Capture

note5-scrollcapture

Salah satu fungsi baru pada Galaxy Note5 adalah kebolehan untuk merakamkan beberapa halaman dan menyimpannya dalam satu gambar yang sama. Ini agak memudahkan pengguna jika ingin membuat rakaman untuk sesuatu web yang selalunya meliputi sejumlah halaman dan memerlukan pengguna untuk merakamkan beberapa kali untuk menyimpannya.

Tulis Atas PDF

Samsung Galaxy Note 5

Pada Galaxy Note5, kini perisian untuk S Pen telah dikemaskini, membolehkan pengguna untuk membuat catatan terus pada dokumen S Pen, dan seterusnya kekal menyimpan dokumen tersebut dalam bentuk PDF. Ini boleh dikatakan penambah-baikkan daripada versi sebelum ini yang memerlukan pengguna untuk menyimpan dokumen yang ditambah dengan catatan dalam bentuk JPG.


Untuk pasaran Malaysia sahaja, pihak Samsung menawarkan Galaxy Note5 dengan sokongan dwi-SIM. Samsung Galaxy Note5 dijual pada harga RM2699 di Malaysia, dan turut hadir dengan beberapa penawaran menarik, termasuk kandungan percuma iFlix selama 6 bulan dan juga storan awan percuma Microsoft One Drive sebesar 100GB selama dua tahun.

Lebih informasi berkenaan produk: Samsung Galaxy Note5

Menarik: Program tukar-ganti telefon Note anda yang terdahulu untuk Samsung Galaxy Note5

Galaxy Note 5 Dios

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN