Honor 7 Plus Mungkin Akan Hadir Dengan Skrin Bersaiz 5.5-inci

Honor 7 Plus Mungkin Akan Hadir Dengan Skrin Bersaiz 5.5-inci

Diterbitkan pada Sep 14, 2015 oleh .

Honor, salah satu syarikat dibawah Huawei telah pun memperkenalkan Honor 7 pada bulan lepas, dan kini dalam persiapan untuk melancarkan telefon pintar berkenaan di Malaysia pada minggu hadapan. Menariknya, ia kelihatan pihak Honor juga akan memperkenalkan variasi peranti berkenaan dengan skrin sedikit besar, dinamakan Honor 7 Plus.

Honor 7 Plus

Pengenalan seumpama ini bukan sesuatu yang baru, dimana mereka telah melakukan perkara sama pada tahun lepas dengan pengenalan Honor 6 Plus.

Untuk Honor 7 Plus, pihak Honor dilihat akan mengekalkan rekaan berasaskan logam seperti pada Honor 7, tetapi daripada gambaran kasar, tiada butang akses pantas fizikal yang diperlihatkan. Dari segi perisian, Honor 7 Plus mungkin menyertakan sokongan sama seperti pada Honor 7.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Honor akan melancarkannya secara rasmi. Mungkin ia akan mengambil masa beberapa minggu lagi supaya mereka tidak menjejaskan permintaan untuk Honor 7.


TIPS & ULASAN