Kemaskini GTA Online Freemode Events Akan Hadir Pada Malam Ini

Kemaskini GTA Online Freemode Events Akan Hadir Pada Malam Ini

Diterbitkan pada Sep 14, 2015 oleh .

Sedar tidak sedar hampir dua tahun permainan Grand Theft Auto V telah dijual di pasaran dan dengan permainan ini juga turut diketengahkan mod atas talian membolehkan pemain bergocoh antara satu sama lain secara masa nyata. Terkini, dengan kemaskini terbaru Freemode Events membolehkan permain berlawan antara satu sama lain secara langsung, tanpa perlu melalui sesi ‘loading’.

Dengan kemaskini terbaru ini, ia sekaligus membolehkan pemain menyertai sesi bersama pemain lain tanpa perlu membazirkan masa menanti sesi loading dan juga membazirkan masa menanti pemain-pemain lain di ruang lobi menunggu atas talian. Terdapat beberapa mod yang boleh dimainkan pengguna. Salah satunya adalah mod King of the Castle, membolehkan anda menjajah sesuatu kawasan dan mempertahankannya dari serangan pemain yang lain, seumpama raja yang mempertahankan istananya. Mod Hunt the Beast akan menjadikan salah seorang pemain lebih kuat, laju dan pemain ini perlu melarikan diri dari pemain lain yang sedang memburunya.

Dengan kemaskini ini juga akan membawakan kemaskini Rockstar Editor kepada platform PlayStation 4 dan Xbox One membolehkan pengguna aplikasi penyuntingan tersebut mengakses lebih banyak suara latar belakang, integrasi Snapmatic dan banyak lagi. Kemaskini ini akan tersedia untuk dimuat-turun pada malam ini.


TIPS & ULASAN