Microsoft Menjadualkan Acara Pengumuman Produk Baru Pada 6 Oktober – Surface Pro 4 Dan Telefon Lumia Baru?

Microsoft Menjadualkan Acara Pengumuman Produk Baru Pada 6 Oktober – Surface Pro 4 Dan Telefon Lumia Baru?

Diterbitkan pada Sep 14, 2015 oleh .

Microsoft hari ini telah mula mengumumkan sebuah acara yang dijadualkan pada 6 Oktober kelak di New York. Daripada halaman web khusus yang disediakan, Microsoft memperlihatkan mereka akan mengumumkan peranti Windows 10 baru ketika acara berkenaan.

Daripada pelbagai desas-desus sebelum ini, Microsoft dijangka akan mengumumkan Surface Pro 4 dan juga Lumia 950 pada acara berkenaan. Kita juga mungkin akan melihat Microsoft Band generasi baru diperkenalkan, tetapi tidak diketahui sama ada Microsoft Band berkenaan akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

Surface 4 daripada Microsoft dikatakan mungkin tidak membawa perubahan drastik berbanding Surface Pro 3 sebelum ini. Ia berkemungkinan menjadikannya lebih nipis dan ringan, disamping membawakan spesifikasi yang lebih baik dan penggunaan cip pemprosesan terkini.

Lumia 950

Untuk Lumia 950 dan Lumia 950 XL pula, seperti semua sedia maklum, ia akan menjadi peranti flagship dibawah Windows 10, dan menjadi antara telefon pertama menggunakan sistem operasi berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 6 Oktober ini untuk melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh Microsoft secara rasminya.


TIPS & ULASAN