LG Menjadualkan 1 Oktober Untuk Mengumumkan Produk Baru
LG

LG Menjadualkan 1 Oktober Untuk Mengumumkan Produk Baru

Diterbitkan pada Sep 15, 2015 oleh .

LG 1 OktoberLG merupakan rakan senegara Samsung, iaitu dari Korea Selatan, dan kedua-dua pengeluar ini sering bersaing dalam beberapa industri, dan salah satu yang hangat diperkatakan ramai adalah arena peranti mudah-alih. Pada tahun ini, LG telah memperkenalkan LG G4, dan kini mereka turut menjadualkan sebuah pengumuman produk baru pada 1 Oktober 2015 ini.

Mengikut desas-desus sebelum ini, LG dikatakan akan memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan nama kod “V10”, yang mana membawakan sebuah paparan ticker untuk memaparkan beberapa informasi tanpa memerlukan pengguna untuk mengaktifkan skrin utama.

Dari segi spesifikasi, “V10” ini dikatakan akan menggunakan skrin 5.7-inci dengan paparan QHD, cip pemprosesan Snapdragon 808, memori 3GB RAM, kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Sokongan pengimbas cap jari turut dijangka akan diintegrasikan.

Walaubagaimanapun, daripada gambar teaser, tiasa sebarang petanda yang diberikan oleh LG berkenaan produk yang bakal diumumkan. Adakah kita akan melihat LG V10 ini, ataupun LG akan mengumumkan jam tangan pintar atau tablet pada acara berkenaan?


TIPS & ULASAN