Depict – Bingkai Gambar 4K Memuat Turun Karya Seni Baru Setiap Bulan

Depict – Bingkai Gambar 4K Memuat Turun Karya Seni Baru Setiap Bulan

Diterbitkan pada Sep 15, 2015 oleh .

Jika anda ke rumah nenek ataupun pakcik anda yang agak berusia, anda pasti dapat melihat gambar Masjidil Haram yang dibingkaikan di ruang tamu. Ketika dekad 80an, gambar masjid paling suci umat Islam ini adalah perhiasan wajib ada di setiap rumah pemilik berbangsa Melayu. Gambar masjidil haram di ruang tamu kini digantikan oleh gambar khat kufi yang lebih kontemporari dang sesuai dengan pemilik Muslim berjiwa muda. Kami tidak mempunyai sebarang gambar di ruang tamu kerana cepat muak dengan gambar yang sama setiap hari. Oleh itu bingkai gambar elektronik Depict ini menarik perhatian kami.

Depict-1

E-bingkai yang diperbuat daripada kayu maple ini mempunyai skrin 50″ LCD beresolusi 4K. Melalui langganan perkhidmatan Depict Cloud anda boleh memuat turun karya seni baru apabila bosan dengan gambar yang dipaparkan. Depict membenarkan pengguna memaparkan karya seni statik dan juga beranimasi. Karya seni yang ingin dipaparkan ditukar menggunakan aplikasi peranti pintar khas.  Bahagian belakang Depict boleh berputar supaya karya seni boleh dipaparkan secara mendatar ataupun menegak. Harga sebuah bingkai gambar elektronik ini bermula dari $1800 manakala bayaran bulanan untuk Depict Cloud ialah $10. Pengguna juga boleh memaparkan karya seni sendiri sekiranya merasakan diri mereka berbakat. Buat masa ini Depict hanya menyokong platform iOS.

Depict-2


TIPS & ULASAN