Canon Turut Menyertai Arena Realiti-Maya – Memperlihatkan Peranti Prototaip Dengan Rekaan Unik

Canon Turut Menyertai Arena Realiti-Maya – Memperlihatkan Peranti Prototaip Dengan Rekaan Unik

Diterbitkan pada Sep 15, 2015 oleh .

Canon sedia terkenal dalam arena kamera dan fotografi, dan kini turut memperluaskan penawaran mereka dengan menyertai arena realiti-maya yang menjadi fokus ramai. Dalam sebuah ekspo yang diadakan baru-baru ini, Canon telah pun memperlihatkan headset realiti-maya mereka dalam bentuk prototaip yang membawakan sebuah rekaan yang unik.

Canon VR Headset

Untuk prototaip ini, Canon menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, dimana setiap satu bahagian mata membawakan paparan pada resolusi 2560×1440 pixel. Ini memerlukan kandungan untuk digunakan pada headset realiti-maya ini dirakamkan pada resolusi yang sangat tinggi – sehingga 5k untuk memberikan pengalaman yang baik.

Disamping itu, berbeza dengan beberapa peranti realiti-maya yang lain, headset daripada Canon ini tidak boleh dipakai pada kepala, sebaliknya perlu dipegang melalui pemegang khusus yang disediakan. Canon mengatakan ia lebih memfokuskan untuk melihat video dan fotografi melalui pengalaman realiti-maya.

Buat masa ini, Canon sekadar memperlihatkan prototaip sahaja, dan tiada sebarang perancangan untuk mereka memperkenalkan ia kepada umum lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN