Carian
Qualcomm Mengumumkan Quick Charge 3.0 Dengan Kebolehan Mengecas Sehingga 80% Dalam Masa 35 Minit
September 15, 2015 Aman

Dalam pengecasan bateri peranti mudah-alih, sehingga kini, rekod pengecasan paling pantas masih dipegang oleh teknologi VOOC daripada Oppo. Namun, pengeluar lain masih cuba untuk hadir dengan persaingan yang lebih baik. Terkini, Qualcomm mengumumkan Snapdragon 820 kelak akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Qualcomm Quick Charge

Qualcomm mengatakan mereka telah membangunkan algoritma baru yang membolehkan peranti menerima kuasa yang diperlukan pada tahap yang ditetapkan – berdasarkan kepada tahap kuasa dan keefisyenan pemindahan tenaga.

Menurut Qualcomm, melalui Quick Charge 3.0, ia membolehkan peranti dicas daripada sifar ke 80% dalam masa sekitar 35 minit sahaja. Ini menjadikan Quick Charge 3.0 lebih 38% efisyen berbanding dengan Quick Charge 2.0 sebelum ini. Quick Charge 3.0 menyokong kabel Quick Charge versi sebelum ini, termasuk menyokong penyambung berasaskan USB Type-C.

Selain daripada pada cip Snapdragon 820, peranti yang menggunakan cip Snapdragon 620, 618, 617 dan juga 430 turut boleh menggunakan kelebihan pengecasan pantas daripada Qualcomm ini.

Komen