Cari @ Amanz

Sering kali kedengaran bahawa pengguna Apple adalah yang paling setia dengan jenama plihan mereka. Jika mereka mempunyai iPhone mereka turut akan membeli sebuah MacBook dan menggunakan tablet iPad. Mereka juga paling kerap melakukan pembelian peranti baru apabila model baru diperkenalkan. Tetapi pengguna jenama manakah yang paling lama menggunakan peranti mereka sebelum membeli model baru?

RIM BlackBerry

Menurut laporan Kantar World Panel, pengguna Blackberry adalah yang paling jarang menggantikan peranti mereka. Secara purata seorang pemilik Blackberry akan menggunakan peranti mereka selama 32 bulan. Pengguna Lumia pula adalah yang paling kerap membeli peranti baru dengan purata gantian setiap 16 bulan. Pengguna iPhone membeli model baru setiap 25 bulan dan akhir sekali pengguna Samsung membeli peranti baru setiap 18 bulan.

Apakah makna di sebalik data ini? Pengguna Blackberry adalah yang paling gembira dengan peranti yang mereka miliki sehingga tidak merasakan perlu membeli peranti baru dengan kerap. Dari pengalaman peribadi memang ada kebenaran di sebalik laporan ini. Ayah saya sendiri menggunakan Blackberry selama tiga tahun sebelum berubah kepada Android kerana model Blackberry kegemaran beliau tidak lagi dijual. Bagaimana pula dengan anda? Berapa kerap anda menukar peranti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd