Model Baru PlayStation 4 Lebih Senyap Dan Menggantikan Butang Sesentuh Hadapan Dengan Butang Fizikal
Artikel Berkaitan

Model Baru PlayStation 4 Lebih Senyap Dan Menggantikan Butang Sesentuh Hadapan Dengan Butang Fizikal

Diterbitkan pada Sep 15, 2015 oleh .

Kami baru sahaja membeli konsol PlayStation 4 semata-mata untuk bermain MGSV : TPP. Ianya konsol kegemaran kami kerana mempunyai rekaan menarik dan sistem Rest Mode membolehkan permainan disambung semula dalam masa 10 saat. Sungguhpun begitu konsol genarasi terkini nombor satu dunia ini mempunyai beberapa kelemahan yang nyata. Pertama sekali ialah hayat bateri DualShock 4 yang sangat pendek jika dibandingkan dengan DualShock 3 PlayStation 3. Konsol ini juga mempunyai bunyi yang bising apabila digunakan. Sekiranya anda kerap bermain menggunakan fon telinga anda boleh mendengar deruman kipas penyejuk yang sangat kuat. Akhir sekali ialah butang sesentuh kuasa dan mengeluarkan cakera optik yang pada panel hadapan yang terlalu sensitif. Sentuhan yang ringan sekalipun akan mengaktifkan kedua-dua butang ni.

PlayStation-4-CUH-1200-1

Model baru PlayStation 4 baru sahaja memasuki pasaran. Model CUH-1200 mempunyai rekaan fizikal yang sedikit berbeza berbanding model asal. Panel plastik berkilat pada bahagian atas kini diubah kepada panel matte yang seragam dengan keseluruhan tubuh konsol. Ia turut dilaporkan beroperasi 10 Desibel lebih senyap berbanding model sebelumnya. Penggunaan kuasa juga berkurangan. Paling penting sekali butang sesentuh yang amat sensitif pada panel hadapan kini digantikan dengan butang fizikal yang perlu ditekan untuk diaktifkan. Butang-butang ini juga terjulur keluar sekitar 1mm dari panel hadapan konsol.

Perubahan yang dilakukan adalah kecil. Tidak drastik seperti dari PlayStation 2 ke PlayStation 2 Slim misalnya. Tetapi perubahan yang dilakukan dalam pengurangan bunyi bising dan butang hadapan fizikal adalah sangat dialu-alukan. Tiada pula penambahbaikan dilakukan ke atas DuaalShock 4 dan ini amat mengecewakan.

PlayStation-4-CUH-1200-2


TIPS & ULASAN