Carian
Pemain Media VLC Bakal Hadir Ke Apple TV
September 15, 2015 Aman

Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media popular, yang mana membolehkan para pengguna memainkan sebarang jenis format video dan audio menggunakannya. Ia sedia popular pada komputer, selain turut telah ditawarkan untuk peranti mudah-alih. Kini, pembangun VLC juga turut dalam perancangan untuk membawanya ke Apple TV.

VLC iOS

Apple TV yang baru telah diumumkan oleh Apple pada minggu lepas, dimana ia kini dijana dengan tvOS dan menyertakan kedai aplikasi untuk pengguna memuat-turun aplikasi menggunakannya. Dengan kebolehan ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna untuk memuat-turun aplikasi yang digemari mereka – termasuk VLC Media Player.

Menurut pembangun VLC, kod pembangunannya masih pada peringkat awal lagi, tetapi telah boleh memainkan beberapa video menggunakan tvOS. Ia tidak diketahui lagi bilakah pemain media ini akan dilancarkan untuk Apple TV.

Komen