Qualcomm Memperkenalkan Cip Snapdragon 617 Dan Snapdragon 430

Qualcomm Memperkenalkan Cip Snapdragon 617 Dan Snapdragon 430

Diterbitkan pada Sep 15, 2015 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman Qualcomm Quick Charge 3.0, pihak Qualcomm juga turut mengumumkan dua lagi cip pemprosesan baru menyasarkan peranti dengan spesifikasi pertengahan dan juga rendah, iaitu Snapdragon 617 dan juga Snapdragon 430. Qualcomm mengatakan melalui cip ini, ia membawakan ciri-ciri yang terdapat pada cip pemprosesan berspesifikasi tinggi ke peranti berspesifikasi rendah.

Snapdragon 617

Snapdragon 617 akan hadir pada peranti seawal penghujung tahun 2015 ini, dimana ia akan mengintegrasikan sokongan LTE Cat 7 dengan kadar muat-turun sehingga 300 Mbps. Disamping itu, cip pemprosesan ini juga membawakan sokongan kamera dengan sensor sehingga 21-megapixel, serta menawarkan pemprosesan lapan-teras pada kadar sehingga 1.5Ghz.

Snapdragon 417

Snapdragon 430 pula dijangka hadir bersama peranti pada tahun 2016 kelak, dimana ia akan sokongan rangkaian LTE Cat 4, kamera sehingga 21-megapixel, serta menggunakan Qualcomm Adreno 505 untuk penawaran grafik yang lebih cantik.

Kedua-dua cip pemprosesan juga dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 yang telah diumumkan oleh Qualcomm pada hari ini untuk membolehkan peranti dicas sehingga 80% dalam masa 35 minit.


TIPS & ULASAN