Ketika pengumuman beberapa permainan dan penawaran baru daripada Sony melalui PlayStation, mereka juga turut mengambil peluang untuk mengumumkan PlayStation 4 dalam beberapa variasi warna berbeza – termasuk badan utama dalam warna hitam dan putih.
Daripada apa yang diperlihatkan, Sony memperlihatkan penggunaan gabungan warna merah, ungu, biru, merah jambu dan juga kuning bersama-sama warna utama putih dan hitam.
Selain daripada PlayStation 4, Sony juga turut mengumumkan alat-kawalan PS4 yang hadir dalam pilihan warna emas, putih, hitam dan juga lutsinar.
Kedua-dua penawaran ini akan ditawarkan di Jepun melalui kedai Sony rasmi.