Permainan BoBoiBoy : Ejojo Attacks Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Permainan BoBoiBoy : Ejojo Attacks Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Sep 15, 2015 oleh .

BoBoiBoy merupakan salah satu jenama animasi yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia. Dalam memperluaskan promosi mereka, kini pihak BoBoiBoy bekerjasama dengan pembangun aplikasi untuk hadir dengan sebuah permainan yang dinamakan sebagai BoBoiBoy : Ejojo Attacks.

BoBoiBoy Ejuju Attacks

BoBoiBoy : Ejojo Attacks ini ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini. Melaluinya, ia membawakan permainan seumpama permainan aksi, dimana pengguna perlu tap pada watak musuh yang hadir untuk menyerang. Beberapa fasa disediakan, dimana permainan menjadi semakin pantas, disamping pengguna perlu tap beberapa kali untuk membunuh sesuatu musuh.

Permainan ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna peranti Android. Seperti biasa, permainan percuma ini turut hadir dengan sokongan iklan – yang mana kadang-kala kami rasakan agak menganggu berbanding beberapa aplikasi lain.

Muat-Turun BoBoiBoy : Ejojo Attacks untuk Android


TIPS & ULASAN