Samsung Hadir Dengan Telegram Messenger Yang Ditambah Baik Dengan Integrasi Aplikasi Sosial – Socializer Messenger

Samsung Hadir Dengan Telegram Messenger Yang Ditambah Baik Dengan Integrasi Aplikasi Sosial – Socializer Messenger

Diterbitkan pada Sep 15, 2015 oleh .

Samsung sebelum ini pernah membangunkan aplikasi ChatON sebelum menamatkan penawarannya pada tahun lepas. Namun, Samsung nampaknya masih tidak melepaskan fokus terhadap aplikasi permesejan, dan hari ini hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Socializer Messenger.

Socializer Messenger ini dibangunkan berasaskan kepada kod sumber Telegram Messenger – yang sedia popular dikalangan ramai pengguna. Seperti semua sedia maklum, Telegram Messenger merupakan aplikasi berasaskan sumber terbuka, membuka ruangan kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan kod sumber aplikasi berkenaan untuk membangunkan sesuatu yang baru.

Socializer Messenger

Sekiranya anda menggunakan Socializer Messenger ini, anda akan dapati penawarannya adalah sama seperti Telegram Messenger – termasuk antaramukanya. Namun, sedikit membezakan adalah integrasi aplikasi sosial, yang mana Samsung memanggilnya sebagai Social Web App Platform (SWAP).

Untuk mencubanya, pengguna perlu membuka tetingkap chat dan pada bahagian menaip teks, ia memaparkan ikon “APP”, dan apabila tap padanya, anda boleh aktifkan untuk memainkan beberapa permainan bersama-sama rakan anda yang lain – sekaligus menjadikan ia lebih sosial dan bukan sekadar permesejan semata-mata.

Aplikasi Socializer Messenger ini ditawarkan secara percuma untuk platform Android sahaja buat masa ini. Memandangkan ia berasaskan kepada kod sumber Telegram Messenger, maka tidak mustahil untuk kita melihat ia turut ditawarkan untuk platform lain pada masa akan datang.

Muat-Turun Socializer Messenger untuk Android


TIPS & ULASAN