Cari @ Amanz

Opera Software hari ini telah melancarkan versi terkini pelayar web desktop mereka, iaitu Opera 32. Seperti kebiasaan, pelayar web Opera 32 ini ditawarkan untuk sistem operasi Windows, Linux dan juga Mac.

Opera Sync

Salah satu perkara utama yang menjadi fokus pada Opera 32 ini adalah kebolehan untuk sync kata laluan pada pelbagai komputer dengan mudah. Ini bermakna, jika anda mempunyai dua komputer, dan masing-masing menggunakan Opera, anda boleh sync pelbagai kata laluan, dan menggunakannya seperti biasa – tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti selalunya..

Disamping itu, Opera 32 juga turut membawa kepada sokongan tema beranimasi, dan membawa bebrapa penambah baikkan pada bahagian Bookmark.

Opera juga turut mengatakan mereka ingin lebih menambah-baik sokongan privasi pada pelayar web mereka, apatah lagi dengan pengambil-alihan SurfEasy VPN oleh Opera baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd