Cari @ Amanz

Bersempena dengan hari Malaysia, pihak Telekom Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan akses percuma kepada internet dan juga hiburan (HyppTV) secara percuma antara 16 September sehingga 30 September 2015 ini.

Melalui penawaran ini, pengguna boleh menggunakan akses TM WiFi Hotspot dimana-mana lokasi seluruh negara secara percuma, dan mengakses internet melaluinya.

TM WiFi Hotspot Percuma

Disamping itu, Telekom Malaysia turut mengatakan pelanggan sedia ada mereka boleh menikmati lebih 100 saluran pada HyppTV secara percuma – dan menariknya, ia bukan terhad pada televisyen sahaja, tetapi pengguna juga turut boleh menikmati kandungan HyppTV secara percuma pada peranti mudah-alih dan juga web melalui HyppTV Everywhere.

Kedua-dua promosi ini diadakan oleh Telekom Malaysia bersempena dengan hari Malaysia – 16 September 2015 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd