Facebook Sedang Membangunkan Butang Dislike Dan Akan Mengujinya Tidak Lama Lagi

Facebook Sedang Membangunkan Butang Dislike Dan Akan Mengujinya Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 16, 2015 oleh .

Mark Zuckerberg hari ini telah mengadakan sesi soal-jawab bersama beliau hari ini, dan melaluinya, pengasas laman sosial terkemuka berkenaan mengatakan mereka sedang membangunkan butang “Dislike“, dan akan mengujinya tidak lama lagi.

Mark Zuckerberg

Zuckerberg mengatakan proses pembangunan butang baru ini adalah sebuah proses yang agak sukar, tetapi Facebook mempunyai idea tersendiri untuk mengujinya pada laman sosial berkenaan. Berbeza dengan mengundi bawah sesuatu pandangan, Mark Zuckerberg mengatakan ia lebih kepada memberikan simpati dan takziah melalui butang berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi sama ada fungsi ini akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya. Zuckerberg mengatakan jika ujian mereka memperlihatkan hasil yang positif, ia akan diperkenalkan kepada semua.


TIPS & ULASAN