Cangkerang Kulit Mewah Untuk OnePlus 2 Diperlihatkan

Cangkerang Kulit Mewah Untuk OnePlus 2 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 16, 2015 oleh .

Minggu lalu OnePlus memperlihatkan teaser sebuah produk baru yang bakal mereka lancarkan. Di dalam teaser tersebut mereka memberi petunjuk produk yang bakal dilancarkan diperbuat daripada kulit dan orang ramai harus “bersedia untuk kemewahan”. Spekulasi awal menjangka OnePlus akan menghasilkan panel kulit untuk OnePlus 2 seperti yang dilakukan pada LG G4.

OnePlus2-leather-case

Hari ini produk misteri ini dilancarkan dan ia hanyalah sebuah cangkerang kulit. Hard Graft Wild Phone Case ialah cangkerang kulit Tuscan dengan kemasan bulu kambing biri-biri pada bahagian dalam. Kemasan bebiri ini memastikan peranti tidak mudah calar apabila ia disimpan di dalamnya. Cangkerag kulit ini turut mempunyai poket kecil terbina untuk anda menyimpan kad perniagaan ataupun wang kertas. Hard Graft Wild Phone Case dijual pada harga RM 400 sebuah.

 


TIPS & ULASAN