WRIO – Papan Kekunci Yang Mahu Mempercepatkan Proses Menaip

WRIO – Papan Kekunci Yang Mahu Mempercepatkan Proses Menaip

Diterbitkan pada Sep 16, 2015 oleh .

Reka letak kekunci QWERTY yang kita gunakan sekarang adalah reka letak yang sama seperti yang digunakan pada mesin menaip yang sudah wujud sejak 1860. Setiap huruf pada papan kekunci diletakkan pada posisinya sekarang bagi memastikan sistem mekanikal papan kekunci dapat berfungsi dengan lancar. Sungguhpun sistem mekanikal tidak digunakan pada peranti pintar, kita masih menggunakan papan kekunci yang rekaannya sudah ketinggalan.

WRIO-key-1

WRIO ialah papan kekunci yang direka khas untuk digunakan pada peranti pintar. Ia mempunyai saiz kekunci yang lebih besar berbentuk hexagon yang dioptimasikan untuk kegunaan menaip menggunakan ibu jari. Ini mengurangkan masalah tersalah mengeja kerana tertekan butang yang salah. Spacebar pada bahagian bawah digantikan dengan dua butang pada baris tengah papan kekunci. Untuk menggunakan huruf besar kekunci ditekan dan kemudian ditatal ke atas. Akses kepada huruf khas seperti umlaut pula dilakukan dengan menekan kekunci dengan lebih lama. Papan kekunci WRIO memerlukan dana untuk dibangunkan dan boleh disokong bermula dari $5. Buat masa ini WRIO hanya menyokong sistem operasi Android dan iOS.


TIPS & ULASAN