Amnesia : The Dark Descent Percuma Di STEAM Hari Ini
Artikel Berkaitan

Amnesia : The Dark Descent Percuma Di STEAM Hari Ini

Diterbitkan pada Sep 16, 2015 oleh .

Amnesia : The Dark Descent ialah permainan yang mencapai tahap legenda di kalang komuniti peminat permainan seram. Ramai yang membeli permainan ini tetapi enggan menghabiskannya kerana terlalu takut dengan apa yang bakal mereka temui. Permainan ini dilancarkan pada tahun 2010 dan jika anda ke YouTube terdapat puluhan video let’s play yang menunjukkan reaksi terkejut pemain. Permainan seperti Amnesia ialah penyebab mengapa Pew Die Pie menjadi seorang jutawan sekarang.

Amnesia-The-Dark-Descent

Jika anda masih belum mempunyai permainan ini, Amnesia : The Dark Descent boleh dimuat turun secara percuma di STEAM hari ini. Ia tidak memerlukan komputer berkuasa tinggi dan hanya memerlukan ruang simpanan tidak melebihi 3 Gigabyte. Sekiranya anda bosan pada Hari Malaysia ini, sila muat turun permainan seram ini untuk menghiburkan hari anda. Terima kasih diucapkan kepada Lord Gaben untuk hadiah percuma ini.

Muat Turun Amnesia : The Dark Descend di STEAM


TIPS & ULASAN