Cari @ Amanz

Sebelum ini ada kami laporkan peranti Xiaomi Mi4c akan dilancarkan. Ia adalah model Mi4 yang menggunakan pemproses enam teras Snapdragon 808. XIaomi hari ini mengesahkan Mi4c akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September hadapan. Tiada maklumat lanjut diberikan oleh pihak Xiaomi kecuali poster teaser di bawah. Diharap Mi4c dapat memperbaiki kelemahan yang wujud pada Mi4i iaitu masalah sela masa dan bateri yang tidak bertahan lama. Pada masa yang sama kami berharap harga jualannya akan kekal mampu milik. Kesemua peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 808 dijual pada harga melebihi RM1500. Jika Mi4C dijual pada harga lebih rendah ia pastinya akan menjadi peranti yang mendapat sambutan hangat kelak.

Xiaomi mi4c poster

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd