Apple Akan Membenarkan Pengguna Membuang Aplikasi Terpasang Di Masa Hadapan

Apple Akan Membenarkan Pengguna Membuang Aplikasi Terpasang Di Masa Hadapan

Diterbitkan pada Sep 16, 2015 oleh .

Aplikasi terpasang ialah cara pengeluar untuk mempromosikan aplikasi buatan mereka. Pernah suatu ketika ChatOn adalah aplikasi yang disertakan pada kesemua peranti Samsung sehinggalah aplikasi ini dihentikan perkhidmatannya Februari lalu. Masalah aplikasi terpasang ialah anda mungkin tidak menggunakannya tetapi ada tidak boleh membuangnya. Hanya beberapa pengeluar seperti Samsung membenarkan anda membuang aplikasi terpasang.

ios-8-icons

Apple nampaknya akan mengikut langkah Samsung dengan membenarkan pengguna membuang aplikasi terpasang di masa hadapan. Tim Cook dipetik berkata;

“Ini adalah isu yang kompleks. Terdapat beberapa aplikasi yang berhubungan di antara satu sama lain di dalam iPhone. … Jika ianya dikeluarkan ia mungkin menimbulkan masalah di tempat lain di telefon. … Kami akan mencari jalan untuk membenarkan pengguna membuang aplikasi terpasang di masa hadapan”

Apa yang dilakukan Apple ini adalah langkah yang positif kerana ia mengikut kehendak orang ramai yang tidak mahu peranti dipenuhi aplikasi gendut. Sebagai pemilik peranti,pengguna seharusnya diberikan hak membuang aplikasi yang tidak mereka perlukan tanpa halangan. Sungguhpun begitu Tim Cook tidak pula memberikan kata putus bilakah pengguna iOS akan diberikan pilihan ini.

 

 


TIPS & ULASAN