Cari @ Amanz

Red-Alert-2-Cover-ArtDie Waffen Legt An!

Ini adalah empat perkataan yang pasti diketahui oleh peminat permainan RTS seluruh dunia. Ia diungkapkan setiap kali permainan Command & Conquer Red Alert dimainkan. Kepada peminat permainan RTS klasik ini ada berita baik untuk anda. C&C Red Alert 2 dan C&C Red Alert 2 Yuri’s Revenge boleh dimuat turun oleh anda secara percuma hari ini melalui laman Origin EA.

Anda hanya perlu mempunyai sebuah akaun Origin dan ruang sebanyak 1.3 Gigabyte di dalam komputer anda. Kepada pengguna Windows 10, permainan ini boleh dilancarkan tanpa sebarang masalah menggunakan sistem operasi terkini Microsoft ini. Kami baru sahaja memainkan beberapa misi sebentar tadi. Masalah yang ada hanyalah resolusi maksimum yang disokong ialah 1024 x768 pixel yang kini sudah ketinggalan zaman. Anda perlu melakukan tetapan resolusi lebih tinggi dengan menggodek fiail INI di dalam folder permainan dipasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd