Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mula menawarkan kemaskini untuk para pengguna Windows RT, yang mana membawakan beberapa kemaskini kecil – selari dengan pengenalan Windows 10 kepada semua pengguna sebelum ini.

Surface RT

Kemaskini Windows RT ini memfokuskan kepada komputer dan juga tablet yang berasaskan kepada sistem operasi Windows RT, seperti Surface RT dan juga Surface 2. Melalui kemaskini yang dilabelkan sebagai “Build 9600” ini, salah satu perubahan drastik yang dibawakan oleh Microsoft adalah penambahan sokongan menu Start. Namun, menu Start yang dibawakan adalah versi asas, dan lebih kurang seperti versi pembangunan awal untuk Windows 10 sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti seperti Surface RT atau Surface 2, anda boleh memulakan proses kemaskini hari ini dengan ke halaman Windows Update dan memulakan proses berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd