Cari @ Amanz

Semalam, Sony telah mengumumkan potongan harga jualan untuk PlayStation 4 di Jepun. Lanjutan daripadanya, hari ini, pemotongan dan penurunan harga turut diumumkan untuk rantau Asia, termasuk di Malaysia – dimana harga jualan baru akan efektif bermula daripada 1 Oktober kelak.

PlayStation 4 Harga Baru

Harga jualan PlayStation 4 semasa di Malaysia adalah RM1799, dan harga jualan baru kelak bermula 1 Oktober menurut pihak Sony adalah RM1599.

Walaupun pengumuman rasmi ini baru sahaja dilakukan oleh Sony untuk rantau Asia Tenggara, agak menarik adalah dimana harga jualan di laman rasmi Sony Malaysia telah pun dikemaskini, dan kini berharga lebih rendah.

Daripada laman rasmi Sony Malaysia, harga jualan untuk Sony PlayStation 4 disenaraikan pada harga RM1549, sementara harga jualan untuk PlayStation 4 dan juga kamera adalah RM1780. Kedua-dua harga jualan adalah selepas penyertaan GST.

Namun, harga jualan yang disenaraikan pada laman rasmi PlayStation 4 Malaysia masih adalah RM1799 seperti harga pelancaran asal di Malaysia ketika pengenalan rasminya dulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd