Siri Animasi Ejen Ali Bakal Disiarkan Pada Akhir Tahun Ini

Siri Animasi Ejen Ali Bakal Disiarkan Pada Akhir Tahun Ini

Diterbitkan pada Sep 16, 2015 oleh .

Pada bulan September 2013 yang lalu syarikat animasi Wau Animation telah diumumkan akan hadir dengan siri animasi terbaru bertajuk Ejen Ali. Kini setelah dua tahun menjalani proses produksi, mereka akan menayangkan siri animasi tersebut pada akhir tahun ini.

Mereka juga telah hadir dengan trailer terbaru yang turut menceritakan serba sedikit berkenaan watak Ali. Jika pada teaser dua tahun lepas, Ali dilihat menggunakan pistol namun pada teaser terbaru Ali menggunakan lastik. Ejen Bakar pula disebut sebagai ‘Uncle’ iaitu pakcik, menandakan mungkin terdapat pertalian darah diantara mereka atau mungkin sekadar panggilan mesra diantara Ejen dan juga Penjaga Ejen sepertimana cerita-cerita perisikan, setiap perisik terdapat penjaganya (Handler). Ali juga dilihat bersekolah dan turut menjadi ejen pada masa yang sama.

Siri animasi ini akan ditayangkan di segmen Bananana pada saluran TV3 akhir tahun ini dan penghasilan siri animasi ini juga merupakan kerjasama mereka dengan Prime Works. Untuk lebih informasi berkenaan siri animasi ini, anda boleh ikuti kemaskini mereka melalui laman Facebook dan Twitter Ejen Ali.

Apa kata anda dengan trailer terbaru mereka ?


TIPS & ULASAN