Sharp Akan Mula Menjual Televisyen 8K Di Jepun Bermula Bulan Oktober 2015

Sharp Akan Mula Menjual Televisyen 8K Di Jepun Bermula Bulan Oktober 2015

Diterbitkan pada Sep 16, 2015 oleh .

Sharp sebelum ini telah mempertontonkan televisyen dengan skrin 8K pada tahun 2013 yang lepas. Kini, selang beberapa tahun selepasnya, Sharp kini telah bersedia memasarkannya, dan mengatakan akan mula menjual televisyen dengan resolusi 8K ini bermula daripada penghujung bulan Oktober ini.

Sharp 8K TV

Televisyen Sharp dengan resolusi 8K ini akan membawakan paparan 7680×4320 pixel, dan membawakan ketumpatan kadar pixel pada 104PPI. Televisyen ini akan membawakan panel bersaiz 8K, dan menggunakan empat input berasaskan HDMI 2.0.

Apa yang akan mengehadkan jualannya adalah ketiadaan kandungan berasaskan resolusi 8K di pasaran pada hari ini. Malah, kandungan pada resolusi 4K sendiri masih sedikit pada hari ini.

Sharp dijangka akan memasarkan ia lebih kepada pelanggan perusahaan – terutamanya dalam bidang siaran terlebih dahulu sebelum menawarkan ia kepada pengguna umum. Televisyen dengan paparan 8K ini akan dijual pada harga mencapai ¥16 juta (~RM563,535).


TIPS & ULASAN