Cari @ Amanz

Sir Norman Poster ialah salah seorang jurubina terkemuka dunia. Rekaan beliau kerap kali memenangi anugerah rekaan kerana bukan sahaja cantik tetapi bijak menggunakan ruang. Di Malaysia beliau mereka kampus Universiti Teknologi Petronas di Tronoh yang mempunyai konsep kampus dalam hutan. Bangunan akademik pula mempunyai dinding kaca yang mengurangkan penggunaan lampu dan membolehkan pelajar melihat keindahan alam sekitar bukannya dinding seperti universiti lain.

Norman-Foster-lapangan-terbang-dron-1

Beliau kini kembali dengan rekaan lapangan terbang dron untuk kegunaan kawasan terpencil di Rwanda. Dron akan ditugaskan membawa kargo penting seperti bekalan darah dan ubat-ubatan. Di dalam situasi sekarang infrastruktur jalan raya yang lemah serta kesukaran mendaratkan pesawat menjadi penghalang keperluan penting di atas tidak dapat dihantar. Dua jenis dron akan digunakan. Dron pertama mempunyai sayap selebar 3 meter dan boleh membawa kargo seberat 50 kilogram. Dron kedua mempunyai sayap selebar 6 meter dan membawa kargo seberat 100 kilogram. Ia turut mampu membawa seorang pesakit di dalam situasi kecemasan. Di masa hadapan lapangan terbang dron ini akan menjadi titip pertemuan komuniti kerana turut boleh digunakan untuk tujuan perdagangan.

Projek lapangan terbang dron ini akan melalui proses ujian di Rwanda bermula tahun hadapan. Sebanyak 40 lapangan terbang dron akan dibina sekiranya projek berjaya menjalani proses kajian. Adalah menarik untuk melihat keberkesanannya untuk menyambungkan komuniti yang duduk di kawasan terpencil dengan kawasan bandar. Jika projek ini berjaya ia turut boleh digunapakai di negara kita. Terlalu banyak komuniti Orang Asal dan pribumi Borneo yang duduk di kawasan terpencil. Menjelang 2020 mereka seharusnya tidak ketinggalan dan mempunyai taraf hidup sebaik rakyat yang tinggal di kawasan bandar.

Norman-Foster-lapangan-terbang-dron-3Norman-Foster-lapangan-terbang-dron-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd