Volvo Sedang Membangunkan Projek Lori Sampah Yang Disokong Dengan Robot

Volvo Sedang Membangunkan Projek Lori Sampah Yang Disokong Dengan Robot

Diterbitkan pada Sep 17, 2015 oleh .

Pada hari ini, lori sampah dikendalikan oleh manusia secara peribadi, dimana ia dipandu dari satu lokasi ke lokasi lain, dan pekerja yang menaikinya mengambil sampah dari tong yang disediakan. Dengan perkembangan teknologi dari hari ke hari, kini Volvo mengumumkan projek terbaru mereka yang memperlihatkan lori sampah yang disokong oleh robot.

Volvo Lori Sampah

Dinamakan sebagai ROAR (Robot-based Autonomous Refuse Handling), Volvo membangunkan projek ini dengan kerjasama beberapa universiti, serta syarikat kitar-semula Renova.

Robot SampahDibawah projek ini, robot akan berinteraksi dengan lori tongsampah dan juga pemandu dalam usaha mengumpulkan sampah daripada perumahan. Secara kasar, robot ini akan berfungsi dengan arahan daripada lori tongsampah berkenaan – dimana robot tersebut akan pergi mengambil tong sampah dan mengosongkannya ke lori sampah. Pemandu lori sampah berkenaan boleh mengawal beberapa perkara dalam menjadikan segalanya berjalan lancar.

Volvo mengatakan pembangunan projek ini akan berterusan sehingga Jun 2016 kelak, dan mereka akan mengujinya pada kenderaan Renova selepas tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN