Bersama-sama pengenalan iOS9, Apple juga turut telah menerbitkan aplikasi pertama mereka untuk Android di Google Play Store, dinamakan sebagai “Move To iOS”. Seperti pada namanya, aplikasi ini memudahkan pengguna untuk memindahkan data daripada telefon Android mereka kepada telefon iPhone baru.
Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh memindahkan buku alamat mereka, data permesejan, gambar dan video daripada kamera, bookmark web, akaun emel dan juga kandungan pada kalendar.
Untuk menggunakan Move to iOS ini, pengguna memerlukan telefon atau tablet yang menjalankan sistem operasi Android 4.0 dan terkini.
Muat-Turun Move to iOS untuk Android