Cari @ Amanz

King of Fighters merupakan salah satu francais permainan berlawan yang popular dikalangan ramai pemain seluruh dunia. Kali terakhir versi baru diperkenalkan adalah pada tahun 2012 yang lepas, iaitu kemaskini untuk King of Fighters 13 yang dinamakan sebagai The King of Fighters 13 : Climax.

Terkini, SNK Playmore telah pun mengumumkan kemaskini baru untuk permainan berkenaan, iaitu King of Fighters 14 yang bakal menyusul pada tahun hadapan. Tiada tarikh diumumkan, dan mereka hanya mengatakan ia akan hadir pada tahun 2016, dan memperlihatkan ia akan ditawarkan untuk PlayStation 4 pada peringkat awal.

Melalui versi baru ini, mereka dilihat mengemaskini sedikit pada bahagian grafik. Kini, ia tidak lagi menekankan seni grafik berbentuk pixel seperti sebelum-sebelum ini, sebaliknya membawakan rekaan visual 3D. Tetapi, bentuk permainannya masih mengekalkan dalam paparan 2D seperti sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd