Cari @ Amanz

adaptive steering fordPusingan 3 titik (3 point turn) memerlukan anda memusingkan stereng sehabis-habisnya bagi melakukan pusingan 180 darjah. Melakukan aksi ini adalah sukar sekiranya kereta anda tidak dilengkapi sistem power steering. Sebagai pemandu Proto Saga FLX, kami harus akui adalah amat sukar melakukan pusingan 3 titik kerana stereng kereta ini yang agak berat (dan muncung yang panjang). Di Ford mereka sentiasa memikirkan inovasi baru yang dapat memudahkan proses pemanduan.

Adaptive Steering ialah sistem bantuan kawalan kenderaan Ford yang menambah pusingan sudut tayar begantung kepada kelajuan kenderaan. Ia boleh mengesan anda mahu memasukkan kenderaan ke dalam petak tempat letak kereta dan mengurangkan jumlah putaran stereng untuk memusingkan tayar. Yang membuatkan Adaptive Steering menarik ialah ialah adalah motor elektrik yang dipasang terus pada hab stereng kenderaan. Motor elektrik inilah yang menambah jumlah putaran pada batang stereng dan mengurangkan “kerja” yang harus dilakukan oleh pemandu. Tiada modifikasi lain perlu dilakukan kepada bahagian lain kenderaan. Secara teorinya kesemua kenderaan yang ada di jalan raya sekarang boleh menggunakan Adaptive Steering.

Ford akan memperkenalkan sistem ini pada kenderaan Ford Edge bermula tahun hadapan dengan perancangan memasangkan pada kenderaan lain keluaran mereka secara berperingkat. Tiba masanya mengucapkan selamat tinggal kepada tangan yang sakit dan alasan malas melakukan Parking S kerana sukar mengawal stereng.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd