Bagaimana Memainkan C&C Red Alert 2 Pada Resolusi Skrin Lebih Tinggi

Bagaimana Memainkan C&C Red Alert 2 Pada Resolusi Skrin Lebih Tinggi

Diterbitkan pada Sep 17, 2015 oleh .

Selamat kembali komander. Kami berharap anda sudah memuat turun permainan RTS klasik Command and Conquer Red Alert 2 dan Yuri’s Revenge secara percuma melalui laman Origin semalam. Kepada yang belum apakah yang anda tunggu lagi kerana permainan ini boleh dimainkan oleh PC yang menggunakan Windows 10 tanpa masalah.

Permainan ini dilancarkan pada tahun 2000 dan pada waktu tersebut resolusi tertinggi skrin komputer hanya 1024 x 768 pixel. Kami yakin skrin PC yang anda miliki mampu memaparkan grafik pada resolusi lebih tinggi daripada ini. Tiada pilihan untuk resolusi lebih tinggi diberikan pada skrin tetapan Red Alert 2. Jadi ikutilah tutorial di bawah untuk mengubah fail RA2.INI anda bagi menetapkan resolusi permainan secara manual.

  1.  Cari fail RA2.INI di dalam folder permainan. Secara default ianya di dalam folder Program Files (x86) >> Origin Games >> Command and Conquer Red Alert II
  2.  Buka fail ini dengan menggunakan Notepad.
  3.  Cari tetapan Video dan ubah nilai ScreenWidth dan juga ScreenHeight mengikut resolusi skrin PC anda.
  4. Sekiranya anda merasakan permainan mengalami masalah sela masa dan tidak lancar, sila tambah nilai VideoBackBuffer=no seperti di dalam grafik di bawah.
  5. Tekan Save dan lancarkan permainan seperti biasa. Kini Red Alert 2 akan menggunakan resolusi yang anda telah tetapkan.
  6. Selamat berjuang.

Red-Alert-2-edit-1 Red-Alert-2-edit-2

 


TIPS & ULASAN